Tuesday 1 March 2011

RUJUKAN

Ustaz Ahmad Bin Mahad Adam,imam masjid negeri arau Perlis

PENUTUP DAN KESIMPULAN

Penutup dan Kesimpulan
Kesimpulanya Ustaz Ahmad Bin Mahad Adam ini seorang yang baik dan mudah mesra,beliau juga seoraang yang sangat bertangungjawab dalam setiap tugasnya.Kita juga sebagai remaja perlu mencontohi orang-orang yang baik dan beriman kepada allah S.W.T supaya kita ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat.Oleh itu jikalau kita mengikut segala perintah agama dalam  mengerjakan kehidupan seharian,isyaallah hidup dan segala pekerjaan yang kita lakukan akan diberkati Allah.Insyaallah

HARAPAN DAN CADANGAN


Harapan dan cadangan
Imam Ahmad ini berharap bahawa supaya ramai remaja-remaja sekarang dapant menunaikan solat jemaah sekali di masjid,kerana dia mendapati bilagan remaja yang hadir ke masjid amatlah sedikit.Oleh itu beliau bercadang untuk membuat kempen-kempen kesedaran,aktiviti-aktiviti bersama remaja,dan kenduri ringan-ringan untuk menarik minat remaja semua datang ke masjid dan menjadikan masjid rumah kedua mereka.
Selain itu beliau juga berpesan kepada semua remaja-remaja kita agar mencontohilah orang-orang yang baik supaya akhlak kita juga baik,dan janganlah sesekali mengikut contoh yang tidak baik kerana nanti kita akan binasa.Contonhya seperti mengikut imam-imam,ustaz-ustaz dan kalau tidak mampu mencontohi mereka contohilah ibu-bapa kita sendiri.Oleh itu beliau berharap supaya benda yang kita contohi itu mestilah baik dan dilakukan berlandaskan hukum islam.

KENANGAN MANIS DAN PAHIT

Kenangan Manis
Kenangan manis beliau iaitu pada umur beliau 45 tahun,beliau telah berjaya menghafaz alquran dengan menjadikan ustaz hashim othman la hafiz sebagai idola pembakar semangatnya.Akhirnya dengan usaha dan doanya yang tidak putus-putus kepada allah,dia telah berjaya.
Selain itu beliau pernah mendapat sijil Syahadah dari universiti Madinah(diploma pengajian bahasa Arab)
Kenangan Pahit
Tidak ada ataupun beliau tidak mahu memberitahu dan tidak mahu membuka iab sendiri atau aib orang lain.

CABARAN DAN UJIAN SEBAGAI SEORANG USTAZ

Cabarannya ialah,beliau hanya boleh menhafaz 7 juzuk al quran sahaja daripada 30,itupun kerana hasil daripada pengajiannya di sekolah al madrasah al alawiyah addiniyah,dan apabila usia sudah meningkat,sudah menjadi cabaran buatnya untuk menghafaz 30 juzuk al-quran.Pada umur 40 tahun dia mula mendapat semangat untuk menhafaz,ini kerana dia telah tertarik dengan seorang ustaz dan telah mengambil ustaz itu sebagai idolanya.Ustaz itu ialah Ustaz Hashim Othman al Hafiz,dari situlah yang menjadi platform buatnya untuk menhafaz al quran,alhamdulillah usahanya selama ini berjaya dan beliau telah berjaya menhabiskan hafazan 30 juzuk alquran.
Selain itu,cabaran yang besar juga buatnya ialah menjadi imam diraja,maklumlah institusi raja kita mempunyai bermacam-macam adat,oleh itu menjadi cabaran buatnya untuk membuat kerja dengan mengikut segala adat istiadat raja.
Setiap kali beliau menjadi imam,mejadi cabaran buatnya juga untuk menjaga solat dan supaya solatnya diterima Allah,maklumlah tugas sebagai imam ini sangat besar.Oleh itu beliau beliau kenalah menjaga solatnya supaya tidak melakukan kesilapan,seperti menjaga rukun solat,menjaga bacaan dalam sembahyang dan juga tajwid.Selain itu menjadi cabaran buatnya juga untuk kyusuk dalam setiap solatnya juga,kadang-kadang untuk pengetahuan semua,masjid arau ini berdekatan dengan stesen keretapi arau,dan memang bising sedikitlah,oleh itu menjadi cabaran buatnya kyusuk dalam solat.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Tugas dan Tanggungjawab
Tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Imam ialah,beliau merupakan ketua imam di masjid negeri arau perlis dan imam diraja negeri perlis.Contohnya beliau telah mengimamkan sembahyang jenazah untuk keturunan diraja negeri perlis dan lain-lain.Beliau juga bertugas sebagai ahli masjid,iaitu mengurus dan mentadbir masjid,contohnya beliau akan menyusun segala aktiviti masjid dan menjaga pentadbiran masjid.Di masjid arau juga beliau juga berperanan sebagai ustaz di samping menjadi imam.contohnya beliau mengajar kelas fardu-ain dan kelas mengaji al-quran.Selain itu ada juga ceramah-ceramah dan kuliah telaj diberikan olehnya kepada jemaah lain,contonhya kuliah subuh dilakukan sebaik sahaja sloat subuh selesai,kelas pengajian al quran selepas asar dan bacaan yasin pada malam jumaat.Selain itu pada orang yang memerlukan khidmatnya untuk penyembelihan,beliau juga turut menjadi penyembelih binatang korban,terutamanya pada hari raya korban dan akikah.Tetapi yang penting untuk anda tahu ialah ustaz Ahmad ini ialah imam masjid Arau sepenuh masa dan dia tidak ada kerja-kerja sambilan yang lain.

SEJARAH PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Sejarah Pendidikan dan Kerjaya
Semasa beliau berumur 5 tahun,pada masa itu masih belum ada taska ataupun tadika macam sekarang ini,oleh itu beliau mula membaca iqra’ dari ayahnya sendiri,selalunya lepas asar dan isyak.
Kemudian semasa beliau berumur 7 tahun,Beliau mula bersekolah di sekolah Melayu Arau(sekarang sekolah tangku budriah arau),Kemudian pada umur 9 tahun beliau bertukar ke sekolah melayu Guring Pauh dan umur 10 tahun kembali ke sekolah melayu Arau.
Selepas itu di peringkat menengah pula,beliau bersekolah di sekolah Al Madrasah Al Alawiyah Addiniyah Arau Perlis.Di sekolah itu beliau telah berjaya menhabiskan semua pengajianya.Beliau juga telah mendapat Ulla Addi hingga Robiah Salawiyah di sekolah itu.Sepanjang pengajianya di sekolah itu juga,beliau telah berjaya menghafaz 7 juzuk al quran.
Pada umur 18 tahun,setelah beliau menhabiskan pengajianya,dia bekerja sebagai tentera darat selama 4 tahun 11 bulan sehingga beliau berumur 21 tahun.
Selepas itu beliau bekerja sebagai pegawai penjara di alor setar kedah selama 2 tahun sehingga beliau beumur 23 tahun.
Kemudan pada umur 23 tahun dan pada masa itu dalam tahun 1988,beliau telah berhenti sebaga pegawai penjara dan telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.Tetapi berniaga kecil-kecilan ini hanya pekerjaan sampingan.
Kemudian pada tahun yang sama iaitu 1988,oleh kerana beliau mempunyai sijil tinggi agama dari sekolah Al Madrasah itu,beliau telah betugas di jabatan agama islam negeri perlis sebagai pembantu Hal Ehwal Islam,dan tidak lama kemudian telah mendapat jawatan sebagai Imam masjid negeri Arau.
Untuk pengetahuan anda juga beliau telah dilantik sebagai imam diraja negeri perlis,dan sampai sekarang walaupun beliau sudah berumur 62 tahun,tetapi beliau tetap memegang jawatan imam,sedangkan umur pencen ialah  52 tahun,ini kerana beliau telah dilanjutkan tahun oerkhidmatanya dengan pejabat agama islam negeri perlis.Akhir sekali beliau juga telah mendapat Sijil Syahadah dari Unuversiti Madinah(pada masa sekarang diploma dalam pengajian pendidikan bahasa arab universiti Madinah.